Tutup Tetingkap Cetak

 
GoDaddy
PENGGUNAAN KUKI, BIKON WEB DAN TEKNOLOGI YANG SERUPA KAMI

17 Januari 2017

Apabila anda melawat atau berinteraksi dengan laman web, perkhidmatan, aplikasi, peralatan atau pemesejan kami, kami atau pembekal perkhidmatan sah kami mungkin menggunakan kuki, bikon web, dan teknologi serupa yang lain untuk menjadikan pengalaman anda lebih baik, lebih cepat, dan lebih selamat, bagi tujuan pengiklanan serta bagi membolehkan kami terus menambah baik laman web, perkhidmatan, aplikasi, dan alat kami.

Kami berharap maklumat di bawah memberi anda maklumat yang jelas dan menyeluruh tentang teknologi yang kami gunakan dan tujuan kami menggunakannya, tetapi jika anda mempunyai sebarang soalan tambahan, atau memerlukan maklumat tambahan, sila semak Dasar Privasi kami atau hubungi kami di privacy@godaddy.com.

Persetujuan anda 

Dengan terus menggunakan dan melayari laman web, perkhidmatan, aplikasi, peralatan atau mesej kami, anpeda bersetuju dengan penggunaan kuki, bikon web dan teknologi yang yang dinyatakan di sini dan dalam Dasar Privasi kami, tetapi jika anda tidak mahu menerima teknologi ini yang berkaitan dengan kunjungan anda ke atau penggunaan laman web, perkhidmatan, aplikasi, alat atau mesej kami, anda boleh melawat laman Uruskan Tetapan kami dan melihat pilihan tambahan di bawah yang tersedia untuk anda mengurus, mengawal atau memadam penggunaan teknologi ini bagi perkhidmatan kami atau pembekal perkhidmatan kami.    

Penggunaan kuki, bikon web dan teknologi yang serupa

Teknologi ini pada asasnya merupakan fail data kecil yang diletakkan pada komputer, tablet, telefon mudah alih atau peranti anda yang lain (“ secara kolektif,“peranti”) yang membolehkan kami untuk merekodkan maklumat apabila anda melawat atau berinteraksi dengan laman web, perkhidmatan, aplikasi, pemesejan, dan alat-alat kami yang lain. Walaupun biasanya teknologi ini umumnya dirujuk sebagai “Kuki,” setiap fungsi berbeza sedikit, dan dijelaskan lebih lanjut seperti di bawah:

Kuki: Ia ialah fail teks kecil (biasanya terdiri daripada huruf dan nombor) yang diletakkan dalam memori pelayar atau peranti anda apabila anda melawat laman web atau melihat mesej. Kuki ini membenarkan laman web untuk mengenali peranti atau pelayar tertentu. Terdapat beberapa jenis kuki: 

  • Kuki sesi tamat pada penghujung sesi pelayar anda dan membenarkan kami untuk menghubungkan tindakan anda semasa sesi pelayar tertentu.

  • Kuki kekal disimpan pada peranti anda antara sesi pelayaran dan ia membolehkan kami mengingati pilihan atau tindakan anda merentasi berbilang laman web.

  • Kuki pihak pertama merupakan kuki yang ditetapkan oleh laman web yang sedang dilawati oleh pengguna pada masa itu untuk mengekalkan tetapan anda (contohnya, semasa melayari laman web kami).

  • Kuki pihak ketiga ditetapkan oleh pihak ketiga yang ditetapkan oleh domain lain daripada laman web yang dilawati oleh pengguna. Jika pengguna melawat laman web dan entiti lain menetapkan kuki melalui laman web itu, ini akan menjadi kuki pihak ketiga.

Apabila anda memasuki laman web menggunakan kuki, anda mungkin akan diminta untuk mengisi borang untuk memberikan maklumat peribadi; seperti nama, e-mel, dan minat anda. Maklumat ini dibungkuskan ke dalam kuki dan dihantar kepada pelayar anda (Chrome, Firefox, dan lain-lain), yang kemudian menyimpan maklumat untuk kegunaan kemudian. Pada kali berikutnya anda pergi ke laman web yang sama, pelayar anda akan menghantar kuki kepada pelayan. Mesej itu dihantar kembali kepada pelayan setiap kali pelayar meminta halaman daripada pelayan.

Bikon web:  fail kecil (juga dipanggil “piksel”, “tag imej”, atau “tag skrip”) yang mungkin dimuatkan pada laman web, aplikasi, dan alat kami, yang boleh bekerja bersama-sama kuki untuk mengenal pasti pengguna kami dan menyediakan data tidak bernama pada tingkah laku mereka.

Teknologi yang serupa: Teknologi yang menyimpan maklumat dalam pelayar atau peranti anda menggunakan objek kongsi tempatan atau storan tempatan seperti kuki kilat, kuki HTML 5, danm kaedah perisian aplikasi web yang lain. Teknologi ini boleh beroperasi pada semua pelayar anda, dan dalam beberapa keadaan, ia tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh pelayar anda dan mungkin memerlukan pengurusan secara langsung melalui aplikasi yang dipasang atau peranti anda. Kami tidak menggunakan teknologi ini untuk menyimpan maklumat bagi menyasarkan iklan kepada anda pada atau di luar laman web kami.

Jenis-jenis kuki, bikon web dan teknologi yang serupa kami gunakan dan sebabnya 

Kuki, bikon web dan teknologi yang serupa kami berfungsi untuk pelbagai tujuan, tetapi umumnya sama ada ia perlu atau penting untuk fungsi laman web, perkhidmatan, aplikasi, alat atau pemesejan kami dan ia membantu kami meningkatkan prestasi atau menyediakan fungsi tambahan kepada anda, atau membantu kami untuk menyampaikan iklan yang relevan dan disasarkan.  Khususnya:

Sangat Perlu atau Penting Kuki, bikon web and teknologi yang serupa jenis 'sangat perlu' atau “penting” membolehkan anda melayari laman web dan menggunakan ciri-ciri penting seperti kawasan selamat dan troli beli belah. Tanpa teknologi ini, perkhidmatan yang anda minta tidak boleh disediakan. Sila ambil perhatian bahawa teknologi ini tidak mengumpul sebarang maklumat tentang anda yang boleh digunakan untuk pemasaran atau mengingati tempat anda pernah lawati dalam internet. Penerimaan teknologi ini merupakan syarat untuk menggunakan laman web, perkhidmatan, aplikasi, alat atau pemesejan kami, jadi jika anda mengelakkan kuki daripada dimuatkan, kami tidak dapat menjamin penggunaan anda atau cara keselamatan di dalamnya akan berfungsi semasa lawatan anda.

Prestasi:  Kuki, bikon web dan teknologi yang serupa jenis 'prestasi' mengumpulkan maklumat tentang cara anda menggunakan laman web kami, contohnya halaman yang anda lawati, dan sama ada anda mengalami sebarang ralat. Kuki ini tidak mengumpulkan apa-apa maklumat yang boleh mengenal pasti anda dan hanya digunakan untuk membantu kami memperbaiki cara laman web kami berfungsi, memahami kandungan yang menarik minat pengguna kami dan mengukur keberkesanan kandungan kami dengan menyediakan statistik dan data tanpa nama tentang cara laman web kami digunakan.  Penerimaan teknologi ini merupakan syarat menggunakan laman web, perkhidmatan, aplikasi, alat atau pemesejan kami, jadi jika anda mengelakkan kuki daripada dimuatkan, kami tidak dapat menjamin penggunaan anda atau cara keselamatan di dalamnya akan berfungsi semasa lawatan anda.

Kefungsian: Kuki, bikon web atau teknologi yang serupa ini digunakan untuk menyediakan perkhidmatan atau untuk mengingati tetapan demi menambah baik lawatan anda.

Pengiklanan: Kuki dan web beacon pihak pertama atau pihak ketiga mungkin diletakkan oleh laman web, aplikasi, atau alat-alat kami, untuk menyampaikan kandungan, termasuk iklan berkaitan produk, yang relevan dengan minat tertentu anda di laman web kami atau laman web pihak ketiga. Teknologi ini membenarkan kami untuk memahami betapa berkesannya iklan kami, dan meningkatkan keberkaitan kandungan yang disampaikan kepada pengguna kami.

Kami juga menggunakan pembekal perkhidmatan pihak ke-3 untuk membantu kami memenuhi fungsi yang sama. Hal ini juga bermaksud bahawa pembekal perkhidmatan sah kami juga boleh meletakkan kuki, bikon web dan teknologi yang serupa pada peranti anda melalui perkhidmatan kami (kuki pihak ketiga). Mereka juga mungkin boleh mengumpul maklumat yang membantu mereka mengenal pasti peranti anda, seperti alamat IP, atau pengecam atau peranti unik yang lain.

Cara untuk mengurus, mengawal dan memadam kuki, bikon web dan teknologi yang serupa 

Anda boleh mengurus kuki, bikon web dan teknologi yang serupa tertentu yang kami letakkan dengan melawat panel kawalan Mengurus Tetapan kami. 

Anda juga boleh menyekat kuki dengan mengaktifkan tetapan pada pelayar anda yang membenarkan anda untuk menolak penetapan semua atau sebahagian kuki. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan tetapan pelayar anda untuk menyekat semua kuki (termasuk kuki penting), ia boleh menghadkan penggunaan ciri atau fungsi tertentu pada laman web atau perkhidmatan kami. Melainkan anda telah menyesuaikan tetapan pelayar anda supaya ia akan menolak kuki, sistem kami akan mengeluarkan kuki sebaik sahaja anda melawat laman web kami. Sila ambil perhatian, seperti yang dijelaskan dengan lebih lanjut dalam  Dasar Privasi kami, pada masa ini kami tidak mengubah amalan kami apabila kami menerima isyarat “Jangan Jejak’ daripada pelayan pelawat.

Pelayar Internet membenarkan anda untuk menukar tetapan kuki anda. Tetapan ini biasanya ditemui dalam menu 'pilihan' atau 'keutamaan' pelayar internet anda. Untuk memahami tetapan ini, pautan berikut mungkin boleh membantu. Jika tidak, anda perlu menggunakan pilihan 'Bantuan' dalam pelayar internet anda untuk maklumat lanjut.

Jika anda ingin menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa, anda akan perlu memadam kuki anda menggunakan tetapan pelayar internet anda. 

Maklumat lanjut tentang kuki 


Disemak semula: 17/01/2017
Hakcipta © 2017 GoDaddy.com, LLC Hak cipta terpelihara.