Domain yang anda sering inginkan masih boleh menjadi milik anda – walapun ia telah diambil.

Perkhidmatan Membeli Domain, broker domain anda akan berunding dengan pemilik semasa untuk mendapatkan nama bagi anda.

  • Kami melindungi privasi anda. Anda akan kekal tanpa nama sepanjang proses. Pemilik domain tidak akan tahu identiti anda.

  • Rangkaian yang lebih baik. Sebagai peneraju dunia dalam domain, tiada sesiapa yang lebih baik dalam pengetahuan pemilik domain dan cara perhubungan mereka.

  • Nama kami menarik perhatian. Pemilik domain lebih cenderung berinteraksi dengan permintaan daripada GoDaddy MY berbanding dengan pembeli individu.

Soalan anda, jawapan kami

  • Apakah itu Perkhidmatan Pembelian Domain?

    Jika anda ingin membeli nama domain yang telah didaftarkan kepada orang lain buat masa ini, kami boleh membantu. Perkhidmatan Membeli Domain kami membekalkan broker domain peribadi yang akan menghubungi pemilik nama domain semasa, merundingkan harga jualan dalam bajet anda dan menguruskan transaksi jualan nama domain, sambil mengekalkan anda tanpa nama sepanjang proses. Broker kami ialah pakar domain dan akan melakukan sedaya upaya mereka supaya mereka boleh mendapatkan domain yang anda mahu pada harga yang terendah bagi anda.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawat halaman sokongan Perkhidmatan Membeli Domain kami.

  • Apakah itu Perkhidmatan Membeli Domain?

    Perkhidmatan Membeli Domain digunakan untuk beberapa sebab. Jika anda ingin membeli nama domain yang berdaftar, tidak tahu sangat dengan nama domain, pasaran sekunder atau penentuan harga, atau memerlukan cara yang selamat dan tanpa nama untuk membuat bayaran nama domain, maka Perkhidmatan Membeli Domain adalah terbaik untuk anda!

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Apakah itu Perkhidmatan Membeli Domain?

  • Adakah Perkhidmatan Membeli Domain menjamin bahawa saya akan memperoleh nama domain yang saya inginkan?

    Perkhidmatan Membeli Domain menjamin broker domain peribadi yang akan memberikan maksimum 30 hari untuk mengurus jualan dengan pemilik semasa nama domain. Walaupun kami tidak boleh menjamin pemerolehan nama domain, kami akan cuba menghubungi pedaftar semasa dan merundingkan urusan untuk anda.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Membeli Perkhidmatan Membeli Domain.

  • Bagaimanakah anda mengenakan caj untuk Perkhidmatan Membeli Domain?

    Kami mengenakan yuran Perkhidmatan Membeli Domain awal untuk memulakan proses membeli domain dan jika nama domain berjaya dibeli, 20% yuran Broker Pembeli (yuran minimum RM66.43) akan ditambah kepada harga pembelian domain.
  • Pendaftar berminat untuk menjual nama domain mereka. Sekarang bagaimana?

    Jika pemilik domain ingin menjual nama domainnya kepada anda, broker nama domain anda akan mula berunding harga, bermula dengan harga minimum yang anda pilih dan semakin meningkat kepada tawaran maksimum anda. Setelah harga telah ditetapkan, tawaran akan dibuat. Tawaran adalah sah selama 10 hari perniagaan dan tidak boleh dibatalkan melainkan jika anda ingin menerima tawaran balas yang dicadangkan oleh penjual.

    Untuk maklumat lanjut, lihat Perkhidmatan Membeli Domain: Peta Jalan Pembeli.

  • Bagaimana anda menghubungi pendaftar nama domain?

    Selepas anda memberikan julat belanjawan, kami akan menyemak Pedaftar dan Orang Hubungan Pentadbiran yang tersenarai untuk nama domain itu dalam pangkalan data WhoIs. Selalunya, pedaftar atau orang hubungan pentadbiran sama ada memilik nama domain atau ketahui pemiliknya. Broker domain anda akan menghubungi pemilik melalui e-mel atau telefon.

    Jika maklumat hubungan yang dikaitkan dengan domain tidak dapat menghubungkan kami dengan pemilik, broker nama domain anda hanya akan menggunakan maklumat yang disenaraikan secara umum untuk menghubungi pedaftar nama domain bagi pihak anda.

  • Bagaimana saya memindahkan nama domain yang saya beli ke dalam akaun saya?

    Sekarang nama domain adalah milik anda, pindahkannya ke dalam akaun anda! Jika nama domain tidak didaftarkan melalui GoDaddy, anda perlulah membeli dan melengkapkan pindahan nama domain untuk memindahkannya ke dalam akaun anda. Jika nama domain didaftarkan melalui GoDaddy, anda mestilah menerima nama domain ke dalam akaun anda melalui pertukaran akaun.
  • Apa yang akan terjadi jika nama domain tidak dapat diperolehi?

    Jika kami tidak dapat menghubungi pemilik domain untuk menjual nama doamin mereka, oleh itu kami tidak boleh bergerak ke hadapan untuk mendapatkan nama domain untuk anda. Broker domain anda akan menutup tuntutan anda selepas 30 hari atau selepad pemilik domain membuat keputusan untuk menjual nama domain mereka.