Hubungi salah seorang daripada pakar kami sekarang: 015-4877 0207

Pengehosan VPS

Cepat, boleh diskala dan selamat.

  • Sangat sesuai untuk aplikasi web yang berkembang pesat
  • Akses akar penuh - banyak ciri boleh disesuaikan
  • Jaminan ketersediaan dan kebolehpercayaan

Pengehosan VPS

Cepat, boleh diskala dan selamat.

  • Sangat sesuai untuk aplikasi web yang berkembang pesat
  • Akses akar penuh - banyak ciri boleh disesuaikan
  • Jaminan ketersediaan dan kebolehpercayaan

Pengehosan VPS

Cepat, boleh diskala dan selamat.

  • Sangat sesuai untuk aplikasi web yang berkembang pesat
  • Akses akar penuh - banyak ciri boleh disesuaikan
  • Jaminan ketersediaan dan kebolehpercayaan

Apabila kami berkata "sokongan bertaraf dunia", kami benar-benar mempunyainya.
Lihat Kenyataan Sokongan kami untuk melihat cara kami menjadi lebih maju untuk anda.

Soalan lazim

  • Bilakah saya perlu beralih kepada pengehosan VPS?

    Jika anda membesar melebihi pengehosan web terkongsi anda atau sekadar inginkan lebih kawalan, Pelayan Persendirian Maya (VPS) yang terurus atau terurus penuh merupakan pilihan logik seterusnya untuk keperluan pengehosan anda. Ia memberi anda lebih kebebasan dengan akses akar kepada Apache dan PHP, dan anda boleh memasang sijil SSL, serta apa-apa jenis perisian – semuanya tanpa tanggungjawab pelayan khusus.

    Pada pelayan terkongsi, anda bergantung pada prestasi platform yang disediakan. Dengan memilih VPS, anda boleh memilih konfigurasi yang paling sesuai untuk aplikasi, keperluan dan pertumbuhan anda.

  • Apakah kegunaan pengehosan VPS?

    Pelayan Persendirian Maya membolehkan anda mengehoskan laman (kedai, e-dagang, kandungan, media) dan aplikasi perisian (terutamanya web: portal, ekstranet, penyelesaian kolaboratif, wiki, CRM) dengan mudah.

    Tidak seperti pengehosan dikongsi, penghosan VPS membolehkan berbilang aplikasi diasingkan daripada satu sama lain dalam bekas yang sama. Walaupun bekas VPS ini berkongsi sumber fizikal (infrastruktur) dengan bekas lain, sumbernya adalah khusus untuk anda.

  • Bagaimanakah saya menaik taraf VPS saya?

    Anda boleh menaik taraf VPS anda pada bila-bila masa, terus daripada panel kawalan anda. Seluruh sistem anda (OS, perisian, tetapan) telah disimpan; anda tidak perlu membuat sebarang perubahan. Setelah anda memilih pelan, naik taraf berlaku secara automatik dalam beberapa minit.
  • Siapakah yang boleh menggunakan pengehosan VPS?

    Sesiapa jua dengan sedikit kemahiran teknikal, khasnya jika anda memilih VPS terurus. Kemahiran pentadbir diperlukan termasuk akses, pemindahan fail dan konfigurasi. Kami terus membangunkan lebih alat dan ciri yang akan lebih memudahkan pengurusan persekitaran pelayan anda.
  • Bagaimanakah saya memindahkan kandungan pengehosan web saya kepada VPS?

    Jika anda pelanggan pengehosan terkongsi cPanel GoDaddy semasa, anda boleh memilih pemindahan satu klik kepada penghosan VPS untuk mengimport laman anda, kemudian hanya menghalakan semula DNS (pelan terurus atau terurus penuh sahaja). Kami turut menyediakan perkhidmatan pemindahan berbayar. Kalau tidak, terpulang kepada anda untuk memindahkan data dan aplikasi anda ke VPS dan rekonfigurasi DNS.
  • Apakah itu CDN?

    Rangkaian Penghantaran Kandungan (CDN) ialah sistem pelayan teragih besar yang diletakkan di dalam berbilang pusat data di seluruh dunia. Sistem ini menghantar halaman web dan kandungan lain berdasarkan kepada lokasi geografi pelanggan, asal laman web dan lokasi pelayan penghantaran kandungan. Semakin dekat pelayan CDN kepada pelanggan secara geografi, semakin cepat kandungan dihantarkan. Ini adalah bermanfaat khususnya untuk kandungan dinamik, seperti gambar atau laman e-dagang berasaskan transaksi pesat.

    CDN ialah ciri yang disertakan dalam pakej pengehosan VPS terurus dan terurus penuh. Dengan memadankan CDN dengan WAF, kami menyediakan pengalaman terpantas dan paling selamat untuk laman web anda.

  • Apakah itu Tembok Api Aplikasi Web?

    Tembok Api Aplikasi Web (WAF) melindungi laman web daripada bot jahat atau percubaan penggodam untuk menceroboh laman web. Menyerang laman web melalui aplikasi seperti blog atau troli beli-belah telah menjadi cara utama penggodam dan penjenayah siber memintas langkah keselamatan tradisi dan mencuri data atau trafik. Setiap hari, ratusan laman dijejaskan melalui proses ini.

    WAF merupakan ciri yang disertakan dalam pengehosan terurus dan terurus penuh. Dengan memadankan WAF dengan CDN, kami menyediakan pengalaman terpantas dan paling selamat untuk laman web anda.

4,† Penafian Produk
Logo dan tanda pihak ketiga adalah cap dagangan berdaftar bagi pemiliknya masing-masing. Hak cipta terpelihara.