Mengenai Kami

GoDaddy Membantu anda berjaya dalam usaha anda. Sepertimana anda sentiasa tahu anda boleh, seperti yang anda beritahu mereka anda mampu.

Lihat cerita kami

Cerita Kami

Pasukan Kami

Siapa kami dan apa yang kami lakukanHampir seumur dengan Internet itu sendiri, GoDaddy dilahirkan untuk memberikan cara yang mudah dan mampu dibeli kepada orang untuk meletakkan idea mereka secara dalam talian. Pada hari ini, kami mempunyai lebih daripada 14 juta pelanggan di seluruh dunia, namun sasaran kami adalah sama. Kami di sini untuk membantu orang bermula dengan mudah, berkembang dengan yakin dan menjayakan usaha mereka sendiri. Secara ringkas, untuk membantu mereka menjadi hebat, secara dalam talian dan juga luar talian!

GoDaddy adalah…

Terbesar di dunia
Pendaftar nama domain

62

62 juta domain
di bawah pengurusan

14

14 juta
pelanggan

14

14 fasiliti, termasuk: Ariz., Calif., Iowa, Wash., Asia, Eropah, India … & banyak lagi

4,500

Lebih daripada 4,500 pekerja

Operasi khidmat pelanggan sepanjang masa

Ruangan adalah penting. Kami berhubung dengan pelanggan kami dan mencipta karya digital dalam pejabat bergaya terkini. Kami bertapak di koridor teknologi paling canggih di dunia - Silicon Valley, Cambridge, Seattle, Hyderabad, Belfast dan Phoenix.

Pasukan Kami

Jumpai Pasukan Kami

Jangan biarkan senyuman mereka memperdayakan anda; orang-orang ini akan melancarkan satu revolusi teknologi penuh.
Mereka berazam mengembalikan kuasa kembali kepada orang, memberikan perniagaan kecil kunci untuk memacu ekonomi global.
Mari kenali siapa yang berada di belakang pelan yang berani untuk mengubah dunia ini, satu perniagaan kecil pada satu-satu masa.

Kepemimpinan Lembaga Pengarah
  • Blake Irving
    Ketua Eksekutif
    Pegawai
  • Scott Wagner
    Ketua Pegawai Kewangan & Ketua Pegawai Operasi
  • Barb Rechterman
    CMO & CCO
  • Arne Josefsberg
    EVP. Ketua Pegawai Infrastruktur dan Ketua Pegawai Maklumat
  • Auguste Goldman
    Ketua Pegawai Orang
  • James Carroll
    EVP Bahagian Pembangunan Platform Global
  • Nima Kelly
    Eksekutif Naib Presiden dan Penasihat Am
  • Kevin Pigman
    Naib Pesiden Kanan – Khidmat Pelanggan Global
  • Steven Aldrich
    Naib Presiden Senior bagi Aplikasi
  • Jeff King
    Naib Presiden Senior,
    Pengehosan
  • Mike McLaughlin
    Naib Presiden Kanan & Pengurus Am, Domain
  • Lauren Antonoff
    Naib Presiden Kanan, Kumpulan Kehadiran dan Dagangan
  • Andrew Low Ah Kee
    EVP Bahagian Antarabangsa
  • Bob Parsons
    Pengasas GoDaddy
  • Blake Irving
    Ketua Eksekutif
    Pegawai
  • Greg Mondre
    Pengurusan Rakan Kerja & Pengarah Pengurusan, Silver Lake
  • Herald Chen
    Ahli, Persendirian
    Ekuiti & Ketua Bersama Teknologi, KKR
  • John Park
    Pengarah, Prevate Equity
    KKR
  • Richard Herrick Kimball
    Pengasas Rakan Kerja Am TCV
  • Charles Robel
    Pelabur Persendirian
  • Lee Wittlinger
    Pengarah, Silver Lake
  • Betsy Rafael
    Mantan Ketua Pegawai Perakaunan di Apple
  • Brian Sharples
    Pengasas bersama, Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif
 

Blake Irving

Ketua Pegawai Eksekutif
GoDaddy LLC

“Kami dengan secara radikal akan menganjak ekonomi global ke arah perniagaan kecil dengan membantu organ untuk bermula dengan mudah, berkembang dengan yakin dan berjaya menjalankan usaha mereka sendiri. ”

Sebagai CEO dan Pengarah Lembaga GoDaddy, Blake membawa semangat dan wawasan—bersama dengan kelayakan teknologi yang serius—kepada peranan berkenaan. Sebelum datang ke GoDaddy pada 2013, Blake merupakan EVP dan Ketua Pegawai Produk di Yahoo!, di mana dia mengembangkan pengguna bulanan sehingga hampir satu bilion, melancarkan 189 laman web Yahoo! baru di seluruh dunia dan mengeluarkan produk dalam 23 bahasa dan 30 pasaran baru.

Sebelum Yahoo!, Blake menghabiskan 15 tahun di Microsoft mencipta produk pengguna yang mengubah dunia seperti NetMeeting, MSN Messenger dan mengembangkan Hotmail menjadi khidmat mel terbesar di dunia. Sebagai Naib President Korporate Windows Live Platform, Blake menerajui pembangunan Internet global syarikat itu dan operasinya, menguruskan $1 billion R&D bajet global dan menyelia pasukan pembangunan di Amerika Syarikat, India, China dan Eropah.

Blake memulakan kerjayanya di Xerox dan Compaq dan telah menjadi profesor di Sekolah Perniagaan Pepperdine. Blake mendapat M.B.A dari Universiti Pepperdine dan B.A. dari Universiti Negeri San Diego. Teruskan mengikuti Blake di www.BlakesBlog.com.

 

Scott Wagner

Ketua Pegawai Kewangan & Ketua Pegawai Operasi

Sebagai COO/CFO GoDaddy, Scott menguruskan operasi kewangan syarikat dan juga semua laporan kewangan, belanjawan dan ramalan.

Sebelum perlantikan Blake Irving sebagai CEO pada Januari 2013, Scott menghabiskan enam bulan bekerja untuk beberapa inisiatif pembangunan strategik sebagai CEO sementara GoDaddy—termasuk pengembangan syarikat ke India.

Sebelum menyertai GoDaddy, Scott menghabiskan 13 tahun dengan firma pelaburan global KKR, di mana beliau berkhidmat sebagai Ahli Capstone KKR dan pemimpin jangka panjang pasukan Operasi Portfolionya.

Scott memegang B.A. dari Universiti Yale dan M.B.A. dari Universiti Harvard. Di luar kerja, Scott menikmati apa yang beliau panggil “dekatlon keibubapaan” hidup dengan tiga anak yang berusia antara empat dan tujuh tahun.

 

Barb Rechterman

CMO & CCO

Sebagai Ketua Pegawai Pemasaran dan Ketua Pegawai Pelanggan, Bard memantau semua aspek pemasaran korporat dan hubungan pelanggan dari hujung ke hujung yang strategik. Barb mencipta program dan mempromosikan fungsi berkaitan pelanggan dengan wawasan bersepadu untuk memberikan pengalaman dan nilai pelanggan yang konsisten. Beliau juga membuat perancangan stategik dan pembangunan perniagaan untuk Pemasaran, Penjenamaan Global dan Pengurusan Produk.

Beliau telah bekerjasama dengan pengasas GoDaddy, Bob Parson selama lebih dari dua dekad, dan sebelumnya berkhidmat sebagai Naib Presiden Pembangunan Aplikasi untuk Parsons Technology dan sebagai Presiden sewaktu pemerolehan syarikat berkenaan oleh Intuit, Inc.

Barb memperolehi B.A dalam Perakaunan dari Universiti Dubuque dan merupakan Akauntan Awam Bersijil. Apabila tidak bekerja untuk membantu pemilik perniagaan kecil dan orang lain menggunakan kuasa Internet, Barb suka menungga Harleys dengan suami beliau dan melatih empat ekor kudanya di dressage.

 

Arne Josefsberg

EVP. Ketua Pegawai Infrastruktur dan Ketua Pegawai Maklumat

Arne bertanggungjawab mengawasi infrastruktur cloud global GoDaddy dan juga sistem maklumat, menghubungkan kemajuan terkini dalam teknologi ke cloud GoDaddy dan strategi IT.

Arne menyertai GoDaddy pada 2014 dari ServiceNow di mana beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Teknologi dan menyelia pelebaran strategi cloud syarikat tersebut.

Sebelum bertugas di ServiceNow, Arne mempunyai lebih dari 25 tahun pengalaman kerjaya di Microsoft dalam berbagai kedudukan kepemimpinan. Tugas beliau di sana termasuklah Pengurus Am yang membina dan menjalankan operasi infrastruktur cloud global Microsoft, dan paling terkini Pengurus Am dalam Windows Azure.

Arne memulakan kerjayanya sebagai seorang jurutera di Bofors Aerotronics dan Intel sebelum berpindah ke Microsoft. Beliau mempunyai keghairahan memacu inovasi teknologi untuk membantu lebih daripada 13 juta pelanggan perniagaan kecil GoDaddy.

 

Auguste Goldman

Ketua Pegawai Orang

Sebagai ketua kumpulan Operasi Orang GoDaddy, Auguste menerajui usaha menggaji dan membangunkan pasukan terhebat individu berbakat di planet ini. Sebelumnya memimpin pasukan teknologi sebagai CIO GoDaddy (termasuk Pembangunan Produk, Operasi IT, Keselamatan Maklumat dan R&D) Auguste membawa perspektif dan kemahiran kepada sumber manusia yang unik dalam industri ini.

Sebelum 2010, Auguste berkhidmat sebagai Pengarah Pengurusan bagi Integralis Security Services, di Stockholm, Sweden dan CTO bagi Linde AG, syarikat gas semula jadi terbesar di dunia yang berpangkalan di Munich, Jerman. Auguste menghadiri Kolej Dartmouth dan bertutur dalam bahasa Sweden dan Rusia asas.

 

Jeff King

Naib Presiden Senior,
Pengehosan

Sebagai ketua pengehosan, Jeff menyelia pembangunan dan operasi platform terbesar bagi perniagaan kecil di dunia ini. Jeff datang ke GoDaddy setelah 10 tahun bersama eBay, di mana beliau berkhidmat sebagai Ketua Strategi Platform bagi perdagangan dan memegang peranan pengurusan produk senior dalam Carian, Kepercayaan dan Keselamatan.

Sebelum eBay, Jeff menghabiskan enam tahun di Sun Microsystems, pada awalnya sebagai Pengurus Produk Senior dan kemudian sebagai Jurutera Sistem. Jeff memegang B.S. dari Universiti Negeri San Jose.

Bapa kepada dua orang anak ini menggemari pengembaraan dengan keluarganya, “mana-mana sukan air” dan basikal gunung. “Saya tinggal bersebelahan dengan Pergunungan Santa Cruz jadi saya boleh ke sana pada bila-bila masa,” katanya. Jeff juga menasihati penyediaan dalam teknologi perdagangan/cloud.

 

James Carroll

EVP Bahagian Pembangunan Platform Global

Sebagai ketua Bahagian Pembangunan Platform Global, James menggalakkan reka bentuk dan pembangunan bagi semua platform perniagaan global dan produk GoDaddy, termasuk sistem yang menyokong pemasaran global dan sistem e-dagang kami di seluruh dunia.

Sebelum menyertai GoDaddy pada 2013, James merupakan Naib Presiden Senior di Yahoo!, di mana beliau mengarahkan pusat R&D global syarikat berkenaan di China, India dan Timur Tengah. Beliau juga menyelia kandungan Yahoo, platform sosial dan keahlian serta penghantaran antarabangsa bagi semua produk dan perkhidmatan Yahoo! serata dunia.

Sebelum Yahoo!, James menghabiskan 13 tahun sebagai Pengurus Am di Microsoft. Sementara di sana, beliau menguruskan pasukan antarabangsa MSN dan kemudian, pasukan antarabangsa Windows dan Windows Live.

 

Nima Kelly

Eksekutif Naib Presiden dan Penasihat Am

Nima adalah Penasihat Am bagi GoDaddy, bertanggungjawab bagi penggabungan & pemerolehan, pentadbiran, korporat dan litigasi paten, dan perkara hak milik intelektual, serta perjanjian transaksi berdepan pelanggan dan pihak ketiga.

Semenjak menyertai GoDaddy pada 2002, Nima telah berkhidmat sebagai pengurus projek, Naib Presiden Wild West Domains (syarikat gabungan penjual semula syarikat), Perhubungan Awam dan Pentadbiran Korporat, serta Timbalan Penasihat Am. Beliau juga membangunkan usaha amal syarikat dengan GoDaddy Cares dan membangunkan parti cuti syarikat yang tersohor.

Dalam hidupnya sebelum GoDaddy, Nima bekerja bagi Business Edge Solutions dan Beechwood Data Solutions. Beliau juga mengamalkan undang-undang buruh dan pekerjaan di Bandar New York.

Nima mendapat J.D. beliau dari Sekolah Undang-undang Universiti Pennsylvania dan B.A. dengan kepujian dari Kolej Gettysburg di mana beliau dipilih ke Phi Beta Kappa. Beliau sukakan muzik, Yankess dan akan "membuang segala-galanya untuk pergi ke The Met di NYC."

 

Kevin Pigman

Naib Pesiden Kanan – Khidmat Pelanggan Global

Kevin mengetuai pasukan Khidmat Pelanggan GoDaddy dengan tumpuan pada perkembangan antarabangsa. Beliau mempunyai pengalaman selama 24 tahun, yang terkini sebelum ini di Dell, tempat beliau berkhidmat sebagai kedua-dua eksekutif rantauan dan global dalam pelbagai peranan selama 12 tahun. Sebelum mula bekerja di GoDaddy pada 2014, Kevin pernah memegang pelbagai peranan kepemimpinan dalam operasi jualan dan sokongan, secara domestik dan juga antarabangsa. Sebagai pemenang Anugerah Pengerusi Dell sebanyak tiga kali, Kevin amat berjasa dalam meningkatkan hasil dan kos penskalaan semasa kedua-dua tahun-tahun pertumbuhan pesat syarikat dan tempoh semasa industri PC menghadapi cabaran.

Kevin mendapat Sarjana Muda Sains dalam Matematik daripada Morehead State University, tempat beliau bermain tenis Division 1. Beliau telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

 

Mike McLaughlin

Naib Presiden Kanan & Pengurus Am, Domain

Dalam mengetuai pasukan nama domain, Mike memantau bahagian produk, pemasaran, jualan, dan sokongan yang membantu pelanggan GoDaddy mendapatkan identiti dalam talian mereka. Beliau adalah eksekutif dan usahawan Internet pelanggan dengan pengalaman pengurusan am selama lebih daripada 15 tahun, termasuk kepakaran dalam e-dagang dan pasaran dalam talian.

Sebelum mula bekerja di GoDaddy, Mike pernah menjadi Ketua Pegawai Operasi di Glyde, iaitu pasaran e-dagang dalam talian yang membolehkan individu membeli dan menjual dengan mudah dan selamat menggunakan barangan pengguna, seperti permainan video, telefon mudah alih dan tablet. Sebelum Glyde, Mike adalah pengurus am bagi unit perniagaan kenderaan penunggang eBay Motor, tempat beliau menggalakkan inovasi strategik dan berperanan penting dalam penskalaan perniagaan. Mike mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Northwestern University’s Kellogg School of Management dan Sarjana Muda Seni dalam ekonomi daripada University of Virginia, yang merupakan tempat beliau sebagai ahli Phi Beta Kappa.

Mike adalah seorang yang gemar akan aktiviti luar. Beliau menggemari pelayaran, larian jejak di bukit Bay Area, bermain ski di Tahoe dan bermain di pantai dengan keluarganya.

 

Lauren Antonoff

Naib Presiden Kanan, Kumpulan Kehadiran dan Dagangan

Lauren adalah Naib Presiden Kanan bagi Kumpulan Kehadiran dan Dagangan di GoDaddy yang misinya adalah untuk menganjakkan ekonomi global ke arah perniagaan kecil secara radikal dengan memberikan kuasa kepada orang untuk bermula dengan mudah, bertumbuh dengan yakin dan menjalankan perusahaan mereka dengan berjaya.

Sebelum mula bekerja di GoDaddy, Lauren berkhidmat selama lapan belas tahun di Microsoft, di mana beliau ialah Pengarah Pengurusan Program untuk SharePoint yang mengetuai usaha menjadikan SharePoint sebagai alat yang orang suka gunakan untuk melakukan kerja. Kepimpinannya amat penting dalam membangunkan salah satu produk dan perniagaan yang paling berjaya di Microsoft dan membantu SharePoint beralih kepada perisian awan.

Semasa di Microsoft, beliau mengasaskan Program Step Up yang ditubuhkan untuk menambah bilangan pekerja wanita dalam jawatan pengurusan senior dengan membantu pekerja wanita menjadi calon yang berkebolehan untuk jawatan itu. Lauren mempelajari Sains Retorik dan Politik di University of California di Berkeley.

 

Steven Aldrich

Naib Presiden Senior, Aplikasi

Adalah menjadi kerja Steven untuk menetapkan dan melaksanakan wawasan syarikat untuk memberikan penyelesaian yang elegan, dari hujung ke hujung bagi 14 juta pelanggan perniagaan kecil GoDaddy. Beliau juga mengetuai pasukan Perakaunan Dalam Talian dan WorkSpace.

Steven membawa lebih sedekad pengalaman di Intuit, di mana beliau membina penyelesaian untuk membantu perniagaan kecil menggunakan Web untuk membangunkan dan menjalankan kedai mereka. Beliau juga mempunyai pengalaman perniagaan kecil sebagai pengasas syarikat Web yang mempermudahkan pembelian insurans. Steven mendapat M.B.A dari Stanford dan B.A dalam Fizik dari Universiti North Carolina.

Setelah waktu bekerja, Steven berkhidmat sebagai Presiden Lembaga Bay Area Gkass Institute, studio gelas bukan keuntungan, dan menikmati masa bersama-sama isterinya Allison dan anak mereka, Jackson,dalam banyak acara sukan dan kesenian.


 
 

Bob Parsons

Pengasas
GoDaddy

Bob Parsons adalah pengusaha bersiri. Beliau menjual syarikat pertamanya kepada Intuit, Inc. pada 1994. Tiga tahun kemudian Parsons memulakan Jomax Technologies, dan menamakan semula syarikat berkenaan sebagai GoDaddy pada 1999. Pada 2000, GoDaddy menjadi pendaftar nama domain diiktiraf ICANN.

Bob adalah veteran askar yang dikurniai pingat yang berkhidmat dalam U.S. Marine Corps di Vietnam. Beliau memegang B.S. dalam perakaunan dari Universiti Baltimore, yang menganugerahkan beliau dengan ijazah doktor kehormat pada 2008 dan menamakan beliau Pengusaha Menyerlah pada 2010. Beliau juga dianugerahkan Pemimpin Tahunan Perniagaan Arizona pada 2007 dan Anugerah Keusahawanan Malam Perlawanan Selebriti Muhammad Ali pada 2011. Pada 2013, Bob dianugerahkan dengan Anugerah Wawasan bagi pencapaian amal dan keusahawanan beliau, yang telah memberikan arah, kepemimpinan dan suara yang tidak ternilai kepada Greater Phoenix Area.

Pada 2012 Bob dan isterinya Renee mengasaskan Yayasan Bob & Renee Parsons untuk menyediakan biaya penting untuk organisasi bukan keuntungan. Keluarga Parsons mengukuhkan komitmen mereka kepada kedermawanan pada Disember 2013 dengan secara awam menerima pelawaan untuk menyertai Sumpah Pemberi, inisiatif yang dimulakan oleh Bill dan Melinda Gates serta Warren Buffett. Mereka berikrar untuk memberikan sekurang-kurangnya separuh dari harta mereka - dan kemungkinan lebih lagi - kepada tujuan kedermawanan. Pada 2012 dan 2013, Bob dan Renee memberi lebih dari RM151 juta kepada pelbagai pungutan derma.

Bob aktif di media sosial dan menggunakan @DrBobParsons di Twitter.

 

Blake Irving

Ketua Pegawai Eksekutif
GoDaddy LLC

Sebagai CEO GoDaddy, Blake menyelia operasi harian syarikat, dan juga arah strategi GoDaddy. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengarah Lembaga.

Sebelum datang ke GoDaddy, Blake merupakan Ketua Pegawai Produk di Yahoo, di mana beliau membangunkan wawasan dan strategi produk bersepadu yang membawa kepada perkembangan seluruh dunia dalam pengguna PC dan mudah alih Yahoo.

Sebelum itu, Blake memegang berbagai peranan senior di Microsoft setelah memulakan kerjaya beliau dengan Xerox pada 1981. Beliau terlibat dalam banyak produk dan perkhidmatan yang sekarang biasa didapati di Internet, termasuk tipografi, komunikasi peribadi, khidmat langganan dan pengiklanan atas talian hujung belakang.

Blake memperoleh B.A. dalam seni halus dari Universiti Negeri San Diego dan M.B.A di Pepperdine, di mana beliau seterusnya mengajar. Blake menggemari golf, meluncur, berbasikal dan mengembara bersama keluarganya.

Teruskan mengikuti Blake di www.blakesblog.com atau di Twitter di @Blakei

 

Richard Herrick Kimball

Pengasas Rakan Kerja Am
TCV

Rick Kimball adalah pengasas bersama Technology Crossover Ventures, satu daripada pelabur GoDaddy.

Sewaktu 26 tahun beliau sebagai pelabur kapital usaha dan teknologi, Rick telah terlibat dalam banyak usaha yang berjaya, termasuk Expedia.com, Fandango, Zillow.com dan Allbusiness.com.

Sebelum TCV, Rick merupakan Pegawai Pengurusan di Montgomery Securities, di mana beliau menghabiskan lebih 10 tahun memfokus kepada telekomunikasi dan komunikasi data sebagai pengkapital usaha dan penganalisa kajian ekuiti senior.

Rick memegang A.B dalam Sejarah dari Kolej Dartmouth dan M.B.A dari Universiti Chicago. Beliau sekarang tersenarai di dalam Lembaga Pengarah KGB.com, Liquidnet, Techwell, dan Trading Screen. Beliau juga berkhidmat dalam Majlis Kepemimpinan Presiden Dartmouth, Jawatankuasa Pelaburan Amanah, dan Jawatankuasa Pembiayaan Kolej Dartmouth.

 

Herald Chen

Ahli, Persendirian
Ekuiti & Ketua Bersama Teknologi, KKR

Herald Chen adalah ahli Pasukan Industri Teknologi dalam kumpulan Ekuiti Persendirian di KKR, satu pelabur utama GoDaddy.

Herald awalnya bekerja untuk KKR dari 1995 hingga 1997, dan menyertai semula firma berkenaan pada 2007. Beliau telah terlibat secara langsung dalam pelaburan KKR dalam Visma, Kodak, Sun Microsystems dan Kindercare Learning Centers.

Sebelum menyertai KKR, Herald adalah Pengarah Pengurusan dengan Fox Paine & Company, Ketua Pegawai Eksekutif bagi ACMI Corporation, dan Ketua Pegawai Kewangan dan Pengasas bersama Jamcracker, Inc. Beliau juga bekerja dengan Goldman, Sachs & Co.

Herald memegang B.S. dan B.S.E. dari Universiti Pennsylvania dan M.B.A dari Universiti Stanford Sekolah Graduasi Perniagaan. Beliau berkhidmat dalam lembaga pengarah Visma.

 

Greg Mondre

Pengurusan Rakan Kerja & Pengarah Pengurusan
Silver Lake

Greg Mondre adalah Rakan Kerja Pengurusan dan Pengarah Pengurusan Silver Lake, satu daripada tiga pelabur GoDaddy.

Semenjak menyertai Silver Lake pada 1999, Greg telah bekerja keras dalam pelaburan ekuiti persendirian, terutamanya dalam industri teknologi dan berasaskan teknologi. Sebelum menyertai Silver Lake, beliau merupakan prinsipal di Texas Pacific Group, di mana beliau menguruskan berbagai pelaburan ekuiti persendirian termasuk usaha teknologi. Lebih awal dalam kerjayanya, Greg bekerja sebagai pegawai bank pelaburan di Kumpulan Komunikasi, Media dan Hiburan bagi Goldman, Sachs & Co.

Greg tamat pengajian dari Sekolah The Wharton Universiti Pennsylvania dengan B.S. dalam ekonomi. Beliau kini berkhidmat sebagai pengarah Avaya, Inc.; IPC Systems, Inc.; Sabre Holdings, Vantage Data Centers, dan dalam Jawatankuasa Operasi bagi SunGard Capital Corp.

 

Charles Robel

Pelabur Persendirian

Charles Robel adalah pesara eksekutif Lembah Silikon dan pelabur persendirian. Beliau menghabiskan 26 tahun di PricewaterhouseCoopers dan berkhidmat sebagai rakan kerja yang menjalankan Kumpulan Khidmat Perisian Lembah Silikon dari 1985 hingga pertengahan 1990. Beliau seterusnya menguruskan Kumpulan Penggabungan dan Pemerolehan Teknologi sehingga persaraannya pada 2000.

Dari 2000 hingga 2005 Charles merupakan rakan kerja am di Hummer Winblad Venture Partners, sebuah firma peneraju kapital usaha industri perisian. Beliau sekarang adalah ketua pengarah Informatica Corp. dan juga pengarah DemandTec, Inc.

Charles memegang B.S. dalam perakauna dari Universiti Negeri Arizona. Beliau berkhidmat dalam lembaga pengarah beberapa syarikat persendirian dan sebelumnya berkhidmat dalam lembaga pengarah Adaptec, Inc., Borland Software Corporation, dan McAfee, Inc.

 

John Park

Pengarah, Prevate Equity
KKR

John Park menyertai KKR pada 2013 dan adalah ahli pasukan industri Teknologi. Sebagai tambahan kepada GoDaddy, beliau sekarang adalah ahli lembaga pengarah SunGard Data Systems, Mitchell International, dan Internet Brands, dan juga terlibat dalam pelaburan KKR dalam Ping Identity. Sebelum menyertai KKR, En. Park bersama dengan Apax Partners, di mana beliau memfokus kepada pelaburan dalam teknologi dan terlibat dalam transaksi melibatkan Epicor Software Corporation, Activant Solutions, Paradigm Geophysical dan Sophos. Sebelum ini, En. Park adalah ahli pengamal penggabungan & pemerolehan di Morgan Stanley. En Park memegang ijazah A.B dengan kepujian dalam Ekonomi dari Universiti Princeton dan ijazah M.B.A dari Sekolah Perniagaan Harvard.

 

Lee Wittlinger

Pengarah, Silver Lake

Lee Wittlinger menyertai Silver Lake pada 2007 dan merupakan seorang pengarah. Sebelum ini, En. Wittlinger bekerja sebagai pegawai bank pelaburan di Kumpulan Teknologi, Media dan Telekom di Goldman, Sachs & Co., di mana beliau memfokus kepada penggabungan dan pemerolehan, dan memberi kewangan kepada transaksi dalam industri teknologi.

Beliau sekarang berkhidmat sebagai pengarah lembaga GoDaddy dan Vantage Data Centers. En. Wittlinger tamat pengajian dengan kepujian dari Sekolah The Wharton Universiti Pennsylvania, di mana beliau menerima Bachelor of Science dalam Ekonomi, dengan konsentrasi berkembar dalam Kewangan dan Perakaunan.

 

Betsy Rafael

Mantan Ketua Pegawai Perakaunan di Apple

Betsy Rafael mempunyai lebih 30 tahun pengalaman kewangan eksekutif dalam industri teknologi dan menyertai lembaga GoDaddy pada Mac 2014. Betsy memegang posisi Naib Presiden dan Pengawal Korporat bagi Apple semenjak 2007, dan pada Januari 2008 dilantik ke peranan tambahan sebagai Pegawai Perakaunan Prinsipal sehingga persaraan beliau pada Oktober 2012.

Dari April 2002 hingga September 2006, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden, Pengawal Korporat dan Pegawai Perakaunan Prinsipal bagi Cisco Systems, dan memegang posisi Naib Presiden, Kewangan Korporat bagi Cisco Systems dari September 2006 hingga Ogos 2007. Selama kerjaya kewangan dan operasi beliau, Betsy berkhidmat di banyak syarikat, termasuk Ernst & Young, Sun, SGI, Escalate dan Aspect Communications.

Betsy tamat pengajian dengan kepujian dari Universiti Santa Clara dengan ijazah B.S.C. dalam Perakaunan, dan telah dilantik ke Lembaga Amanah Santa Clara pada Oktober 2012. Beliau juga berkhidmat dalam lembaga Echelon dan Autodesk, Inc.

 

Brian Sharples

Pengasas bersama, Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif

Sharples mengasaskan HomeAway bersama Carl Shepherd di February 2005. Beliau mengumpul lebih $400 juta dalam dana peribadi untuk memperoleh laman web sewaan percutian ke seluruh dunia yang mendahului dalam pasaran. Semenjak itu, Sharples telah membangunkan HomeAway kepada rangkaian global yang disokong oleh satu platform teknologi seragam.

Sharples adalah bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif bagi IntelliQuest Information Group, iaitu pembekal data pasaran dan kajian untuk syarikat teknologi Fortune 500. Beliau juga melengkapkan dua penawaran awam yang berjaya dan jualan IntelliQuest kepada WPP Group yang berikutnya.

Sebagai pakar dalam strategi jenama teknologi, Mr. Sharples telah memberikan kaunseling kepada beberapa jenama besar, termasuk Apple, Microsoft dan Dell. Beliau kini menjawat dalam lembaga pengarah untuk RetailMeNot (NASDAQ: SALE), Fexy Media, dan Twyla. Beliau adalah penasihat pelaburan untuk firma modal usaha niaga Institutional Venture Partners dan firma ekuiti peribadi, Tritium Partners. Mr. Sharples juga adalah seorang usahawan yang aktif dan kini terlibat dengan beberapa syarikat permulaan.

Beliau mendapat sarjana muda dalam matematik dan ekonomi daripada Colby College dan ijazah sarjana daripada Stanford Graduate School of Business.

 

Andrew Low Ah Kee

EVP Bahagian Antarabangsa

Sebagai ketua bahagian Antarabangsa, Andrew memfokus pada pertumbuhan pelanggan dan pengembangan pasaran perniagaan GoDaddy di luar AS.

Sebelum menyertai GoDaddy pada tahun 2014, Andrew menjawat jawatan sebagai Pengarah untuk KKR di mana beliau mendapat pengalaman pasaran antarabangsa. Sebelum KKR, beliau bekerja dengan The Boston Consulting Group di mana beliau bekerja dalam pelbagai industri termasuk barangan pengguna, industri, telekomunikasi dan farmaseutikal/bioteknlogi.

Andrew memperoleh M.B.A. dari Sekolah Perniagaan Harvard dan Sarjana Sains Penggunaan dari University of Toronto.

  • Pelanggan Kami

    Candis Jones
    The Jones Market

    GoDaddy Memperkenalkan – Menubuhkan perniagaan, satu langkah pada satu masa!

    Apabila Candis memerlukan bantuan kewangan untuk keluarganya, beliau membuat keputusan untuk menjadikan hobi beliau kepada kerjaya. Dari pejabat rumahnya, beliau mula membuat kalung yang bukan toksik, boleh disimpan dan mesra untuk bayi. Kerana bekerja sendiri, beliau memerlukan bantuan laman web yang baik untuk menjual produknya. Candis mendapatkan bantuan Kedai Dalam Talian GoDaddy untuk membina laman web . Kini perniagaannya berada dalam talian dan semakin berkembang.

    TheJonesMarket.com

  • Pelanggan Kami

    Kathy Fang
    Restoran Fang

    “Saya suka mencipta masakan baru dan sekadar mengambil bahan-bahan dan mencipta sesuatu sewaktu bergerak.”

    Kathy Fang tidak mengikut resipi. Beliau ada gayanya sendiri dan pengertian kejayaan beliau sendiri. Apabila ia tentang perniagaan beliau, Kathy didorong oleh senyuman pelanggan dan suara “mmmmmm” setelah mereka merasa masakan terbarunya.

    Jika pelanggan tidak dapat mencari Restoran Fang di atas talian, ia bererti kurang senyuman dan kurang “mmmmmm.” Kerana itu Kathy menggunakan GoDaddy bagi domain, pengehosan web, dan e-melnya. Dengan sokongan yang mendapat anugerah dan produk yang mudah digunakan, GoDaddy memastikan keberadaan digital Kathy kelihatan sebagus Ayam Bijan Nanking beliau. Hampir-hampir.

    www.FangRestaurant.com

  • Pelanggan Kami

    Marc Rosenblum
    Santa Cruz Ale Works

    “Anda tidak memerlukan komputer untuk membuat bir. Tetapi pada zaman ini anda memerlukan Internet dan laman web yang bagus untuk menjualnya.”

    Menikmati bir dengan kawan-kawan adalah satu perkara, tetapi mempunyai keghairahan baginya adalah satu perkara yang lain. Ketika anda meminum bir sejuk, kecintaan Marc kepada pembuatan bir mendorong beliau untuk memulakan kilang birnya sendiri - Santa Cruz Ale Works.

    Dengan Pembina Laman Web GoDaddy, Marc membina laman web yang padan dengan sempurna dengan perniagaannya. Tambahan pula, kebolehpercayaan perkhidmatan pengehosan dan domain GoDaddy memastikan perniagaan Marc terbuka di atas talian 24/7/365.

    www.SantaCruzAleWorks.com

  • Pelanggan Kami

    Serene Silva
    Metal Morphosis Designs

    GoDaddy Memperkenalkan – Membangunkan perniagaan bermula dengan membina kehadiran dalam talian.

    Serene Silva menghadapi cabaran dalam hidupnya. Cari kerjaya atau membina kerjaya. Beliau pilih untuk membina kerjayanya sendiri dengan memulakan Metal Morphosis Designs. Dengan bakat untuk mereka cipta dan kemahiran sebagai tukang tembaga, Serene mula membuat barang kemas besi dan menjual rekaannya dalam talian. Nama domain beliau, MetalMorphosisDesigns.com ialah asas kepada identiti dalam talian dan perkembangan kehadiran web beliau.

    MetalMorphosisDesigns.com

Hubungi Kami

Peluang Pemasaran Pertanyaan Media

Peluang Pemasaran

Adakah maskot pasukan anda hijau dan oren, walaupun ianya adalah kuda belang? Adakah perisian anda cukup bagus sehingga pengguna mentatukan kod sumber pada bahagian badan mereka yang paling berdaging? Anda kedengaran seperti seseorang yang kami ingin bersama. Gunakan borang di bawah untuk memberikan kami semua butiran. Ia mungkin mengambil sedikit masa, tetapi kami berjanji kami akan respon kepadanya.

Maklumat Hubungan

Sila lengkapkan borang ini dan klik “Hantar”. Permohonan anda akan secara automatik dihantar kepada seorang ahli Pasukan Pemasaran Kami.

Kami menghormati privasi anda Dasar Privasi Baca penuh dasar kami.

Pengiklanan / Maklumat Tajaan

Pernahkah anda memohon rakan kerja dengan GoDaddy sebelum ini?:*

Sila beri masa empat minggu untuk proses semak semula awalan. Apabila semakan semula awalan diselesaikan, anda akan menerima permohonan bagi lebih maklumat atau anda akan dimaklumkan bahawa GoDaddy tidak akan meneruskan peluang pemasaran dengan anda. Dengan menyerahkan maklumat kepada kami dan mengklik “Serah,” anda memperakui dan bersetuju bahawa maklumat berkenaan tidak sulit, proprietari, atau sebaliknya dilindungi. Anda memperakui dan bersetuju bahawa GoDaddy mungkin membangunkan produk, program atau idea yang serupa atau sama dengan penyerahan anda, dan GoDaddy tidak berada di bawah kewajiban untuk memberi pampasan kepada anda bagi sebarang idea atau pelan yang diserahkan, tanpa mengira sama ada GoDaddy meneruskan idea yang sama pada masa hadapan.

Hubungi Perhubungan Awam

Jika anda adalah ahli media, e-mel atau hubungi ahli pasukan PR yang sesuai di bawah. Jika ia adalah soalan sokongan atau pengebilan, sila klik di sini untuk Bahagian Khidmat Pelanggan kami. Terima kasih atas minat anda terhadap GoDaddy.