Pemasaran dalam talian untuk perniagaan kecil

Apakah pilihan yang tepat untuk anda?

Ketahui Lebih Lanjut

Pemasaran dalam talian untuk perniagaan kecil

Apakah pilihan yang tepat untuk anda?

Ketahui Lebih Lanjut

Pemasaran dalam talian untuk perniagaan kecil

Apakah pilihan yang tepat untuk anda?

Ketahui Lebih Lanjut

Apakah itu pemasaran dalam talian?

Cara yang berbeza untuk mendapatkan hasil yang hebat.

Istilah pemasaran dalam talian meliputi banyak perkara, daripada mempromosikan perniagaan anda dalam hasil enjin gelintar sehingga menghantarkan surat berita atau tawaran istimewa kepada pelanggan anda. Berita baik untuk pemilik perniagaan seperti anda adalah bahawa semua strategi berbeza ini berfungsi dengan caranya yang tersendiri.

Sama ada anda ingin membina kesedaran, mencapai pelanggan setempat secara khusus atau memastikan pelanggan datang berkunjung semula, terdapat alat buat sendiri dan perkhidmatan profesional yang boleh membantu anda mencapai matlamat anda untuk harga yang kurang daripada yang anda fikirkan.

Alat pemasaran buat sendiri

Uruskan kempen pemasaran dalam talian anda sendiri.

Produk dan perkhidmatan terbaik juga kekal tidak terjual jika pelanggan tidak dapat mencarinya. Beri perniagaan anda perhatian yang ia layak dengan alat promosi kami yang mampu milik dan mudah untuk digunakan bagi membuatkan mereka kembali mengunjung semula.

Jangan hanya letakkan kandungan anda dan tunggu pelawat untuk datang kepada anda — kumpulkan petunjuk supaya anda boleh menghantar e-mel kepada pelanggan secara terus dengan kempen strategik yang memacu lebih jualan. Pilih satu atau gabungan alat pemasaran kami untuk mencapai matlamat anda.

Menarik lebih pelanggan dalam dan luar talian.

Soalan anda, jawapan kami

  • Saya masih baharu dengan pemasaran dalam talian. Apakah istilah yang perlu saya pelajari?

    Berikut ialah beberapa iatilah pemasaran dalam talian yang penting untuk anda:

    Blog: Singkatan untuk “log web,” blog merupakan koleksi artikel dalam talian yang boleh membantu memacu jualan, meningkatkan pelibatan pelanggan dan menambahkan kuasa SEO jenama anda. Penulisan blog dianggap sebagai suatu bentuk pemasaran kandungan.

    Pemasaran kandungan: Pemasaran kandungan memacu jualan dengan menyediakan kandungan yang bermanfaat dan menarik untuk pengikut dan pelanggan anda. Contoh termasuk penulisan blog dan pemasaran e-mel.

    CTA: CTA merujuk kepada Panggilan Tindakan. Kandungan pemasaran yang hebat sentiasa memasukkan panggilan tindakan yang memberitahu pelanggan tentang perkara yang perlu dilakukan seterusnya (cth,, “Klik di sini untuk mendapatkan e-buku percuma saya sekarang.”)

    CTR: CTR merujuk kepada Kadar Klikan Kadar kilkan anda ialah peratus pelawat laman atau penerima e-mel yang mengklik CTA anda.

    Nama domain: Nama domain ialah alamat web yang pelanggan taip dalam pelayar mereka untuk pergi ke laman anda, seperti GoDaddy.com. Pemasaran dalam talian yang hebat bermula dengan nama domain yang menakjubkan. Pastikan nama domain anda bersesuaian dengan jenama anda, memantapkan profesionalismae anda dan menarik perhatian orang ramai.

    e-Dagang: e-Dagang bermaksud menjual produk dan perkhidmatan dalam talian. Perniagaan yang paling kecil juga boleh membina laman web dengan keupayaan e-Dagang.

    Kata kunci: Kata kunci ialah istilah yang berkemungkinan besar digunakan oleh orang ramai untuk mencari laman anda. Sebagai contoh, jika anda seorang tukang paip di Bandar New York, beberapa kata kunci utama untuk anda ialah “tukang paip,”kerja memasang paip” dan “NYC.” Pemasaran dalam talian yang berkesan bergantung pada proses mengoptimumkan kandungan anda untuk kata kunci khusus. Enjin gelintar (cth., Google, Bing, Yahoo) menggunakan kata kunci ini untuk menentukan kedudukan laman web dalam hasil carian.

    Penyenaraian perniagaan tempatan: Pengguna menggunakan laman seperti Yelp, Facebook dan Google untuk mencari kategori khusus dalam kawasan setempat mereka, seperti “Pizza” atau “Salon kuku.” Jika anda mahu perniagaan anda muncul dalam hasil carian seperti itu, anda perlu mengoptimumkan penyenaraian perniagaan setempat anda.

    Pilih serta: Pemasaran pilih serta, juga dirujuk sebagai pemasaran berasaskan kebenaran, bermaksud hanya menghantar promosi kepada pelanggan dan prospek sedia ada yang telah memberikan kebenaran kepada anda untuk menghubungi mereka. Ia bukan sahaja dianggap amalan terbaik, malah terdapat undang-undang yang melarang pemilik perniagaan daripada menghantar spam kepada orang ramai dengan e-mel yang tidak dikehendaki

    Segmentasi: Ini ialah tindakan membahagikan pelanggan dan prospek anda kepada kumpulan khusus seperti, orang yang telah membeli kad hadiah. Dengan membahagikan penerima anda, anda boleh menjalankan kempen pemasaran e-mel yang lebih tersasar (dan berjaya).

    SEO: SEO merujuk kepada Pengoptimuman Enjin Gelintar, yang maksudnya seperti bunyinya -- mengoptimumkan laman anda untuk enjin gelintar. SEO sangat penting untuk mencapai hasil yang tinggi pada Google, Bing, Yahoo! dan lain-lain. Enjin gelintar seperti ini mencari kata kunci dan unsur SEO lain untuk menentukan kedudukan laman yang paling relevan.

    SEM: SEM merujuk kepada Pemasaran Enjin Gelintar yang bermaksud membayar enjin gelintar (cth., Google, Bing, Yahoo) untuk meletakkan iklan bagi perniagaan anda pada hasil carian khusus.

    Media sosial: Laman media sosial (cth, Facebook, Twitter, Instagram) bukan sahaja untuk orang perseorangan. Dengan mencipta profil perniagaan pada media sosial, jenama anda boleh memacu lebih banyak perniagaan melalui kandungan menarik, tawaran khas, dan maklumat berguna. Pemasaran media sosial termasuk peluang percuma dan berbayar.

  • Apakah strategi pemasaran dalam talian terbaik untuk menjual lebih banyak produk dalam talian?

    Untuk memacu lebih banyak jualan kepada kedai dalam talian anda, pertimbangkan untuk melabur dalam pengoptimuman enjin gelintar (SEO), pemasaran e-mel dan pemasaran media sosial. Berita baik: strategi pemasaran dalam talian ini adalah sangat berpatutan dan mempunyai pulangan pelaburan yang sangat baik.
  • Saya masih belum memasarkan dalam talian lagi. Apakah langkah pertama yang saya patut ambil?

    Strategi pemasaran dalam talian bergantung pada kehadiran dalam talian yang kuat. Jika anda tidak mempunyai laman web lagi, itu ialah langkah pertama anda. Memperoleh nama domain yang hebat dan pertimbangkan sama ada anda pembina laman web DIY atau lebih suka untuk mengupah seseorang membina laman anda. Setelah anda mempunyai kehadiran dalam talian yang kuat, anda akan bersedia untuk menambah sedikit alat pemasaran dalam talian untuk memacu lebih banyak trafik dan perniagaan.
  • Berapakah jumlah yang patut saya jangkakan untuk perbelanjaan pemasaran dalam talian bagi perniagaan kecil saya?

    Kebanyakan produk kami bermula dengan kurang daripada RM44 sebulan. Jadi untuk kos beberapa cawan teh tarik, anda boleh mula memacu lebih perniagaan ke arah anda. Jika anda lebih menggemari pasukan pengoptimuman enjin gelintar kami untuk mengoptimumkan laman anda bagi pihak anda, kami juga menawarkan Perkhidmatan SEO.
  • Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada strategi pemasaran dalam talian saya berhasil?

    Dengan produk SEO dan Mudah Ditemui kami, amat mudah untuk anda melihat hasil sebelum dan selepas strategi. Jika tidak, alat analisis web percuma seperti Google Analytics boleh menyediakan maklumat berharga tentang trafik laman web anda, seperti jumlah yang datang daripada enjin gelintar, media sosial dan kempen e-mel. Dan dengan Pemasaran E-mel GoDaddy, anda boleh mengesan jumlah pelanggan yang membuka dan mengklik setiap kempen e-mel.
  • Berapakah masa yang saya perlukan untuk komited dengan pemasaran dalam talian?

    Kunci kejayaan dalam pemasaran dalam talian adalah dengan menetapkan matlamat, konsisten dan mengukur kemajuan anda. Jika anda sanggup meluangkan sejam setiap minggu untuk memasarkan perniagaan anda, kami rasa anda akan suka hasilnya.
  • Mengapakah saya perlu memilih GoDaddy untuk penyelesaian pemasaran dalam talian saya?

    Produk pemasaran dalam talian kami sangat mudah digunakan, berpatutan untuk apa-apa belanjawan dan memberi anda semua alat yang diperlukan dalam satu tempat — satu akaun, satu log masuk. Dan seperti biasa,kami menawarkan sokongan sekiranya anda mempunyai soalan ketika perniagaan anda berkembang.