Memilih keselamatan laman web yang sesuai

Cara melindungi diri anda dan pelanggan anda.

Ketahui Lebih Lanjut

Memilih keselamatan laman web yang sesuai

Cara melindungi diri anda dan pelanggan anda.

Ketahui Lebih Lanjut

Memilih keselamatan laman web yang sesuai

Cara melindungi diri anda dan pelanggan anda.

Ketahui Lebih Lanjut

Apakah itu keselamatan laman web?

Istilah “keselamatan web” meliputi banyak perkara, daripada perlindungan virus sehinggalah penyulitan data dan banyak lagi. Untuk membantu anda menentukan perkara yang anda perlukan – dan untuk menjimatkan masa anda perlu melayari Google dan Wikipedia – kami telah mencipta panduan mudah ini yang meliputi semua perkara asas. Dan jika anda memerlukan maklumat yang lebih terperinci untuk mana-mana item, hanya klik terus pada halaman produk individual kami.

Lindungi data peribadi pelanggan anda.
Jika laman web anda meminta pelanggan memberikan maklumat sensitif – nama pengguna, kata laluan, nombor kad kredit, dll. – reputasi anda bergantung pada perlindungan pada setiap butiran. Sijil SSL menggunakan penyulitan termaju untuk menghalang pengodam daripada membaca mana-mana data yang masuk atau keluar daripada laman anda.
Sijil SSL yang berbeza untuk keperluan yang berbeza.
Dapatkan kepercayaan pelawat dengan serta merta.
Apabila pelanggan merasa selamat, mereka akan lebih cenderung untuk membeli. Itulah sebab Sijil SSL kami merangkumi tanda kepercayaan McAfee SECURE. Simbol ini dipaparkan pada semua halaman web anda, supaya pelawat boleh melihat bahawa laman anda telah diimbas dan dijamin selamat oleh salah satu nama yang paling dipercayai dalam keselamatan dalam talian.
Menjauhkan virus dan malware daripada laman anda.
Sama seperti PC, laman web terdedah kepada serangan virus dan malware. Mujurlah, anda ada cara untuk mempertahankan laman web anda. Pelan SiteLock kami mengimbas laman web anda setiap hari dan menyingkirkan virus, fail digodam dan kandungan berbahaya atau berniat jahat yang lain secara automatik.
Memastikan pelanggan anda mempercayai kod anda.
Jika anda seorang pemaju, salah satu cabaran terbesar yang anda hadapi adalah untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan yang baharu atau berpotensi. Kod atau Sijil Tandatangan Pemacu melindungi kod anda dan menyingkirkan amaran “Penerbit Tidak Dikenali” yang dapat menakutkan pelanggan baharu, dengan menunjukkan kepada mereka bahawa anda seorang pemaju yang sah dan kod anda selamat dan terjamin.